Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Perjanjian Lausanne adalah sebuah perjanjian damai yang ditandatangani di Lausanne, Switzerland, pada 24 Julai 1923. Ia secara rasminya menyelesaikan konflik yang asalnya wujud di antara Empayar Uthmaniyyah dan Pihak Berikat (Empayar British, Republik Perancis, Itali, Empayar Jepun, Greece, dan Romania sejak bermulanya Perang Dunia I.[1] Teks asal perjanjian ini ditulis dalam bahasa Perancis.[1] Ia merupakan keputusan selepas percubaan kali kedua selepas Perjanjian Sèvres gagal, yang mana ditandatangani oleh semua pihak tetapi kemudian ditolak oleh Pergerakan Kebangsaan Turki yang yang menentang terma-terma terdahulu serta kehilangan wilayah yang besar. Perjanjian Lausanne menamatkan konflik dan memperincikan sempadan Republik Turki moden. Dalam perjanjian ini, Turki telah menggugurkan semua tuntutan bagi wilayah Empayar Uthmaniyyah yang masih tinggal dan sebagai balasan Pihak Berikat mengakui kedaulatan Turki dalam sempadan barunya.[1]
|
Wikisumber mempunyai teks asal berkaitan rencana ini:
|
Templat:World War I
Templat:Paris Peace Conference navbox
Templat:First World War treaties
Templat:Turkish War of Independence
Templat:Treaties of Turkey