www.fgks.org   »   [go: up one dir, main page]

Pergi ke kandungan

Kambing liar

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Kambing liar
Julat zaman: 2.6–0 Ma
Pleistosen - Kini
Kambing gurun bezoar,
Capra aegagrus aegagrus
Pengelasan saintifik e
Domain: Eukaryota
Alam: Animalia
Filum: Chordata
Kelas: Mammalia
Keluarga: Bovidae
Subkeluarga: Caprinae
Genus: Capra
Spesies:
C. aegagrus
Nama binomial
Capra aegagrus
Erxleben, 1777
Subspesies

Capra aegagrus aegagrus
Capra aegagrus blythi
Capra aegagrus chialtanensis
Capra aegagrus turcmenica

Kambing liar (Capra aegagrus) ialah spesies kambing yang laris dengan taburan yang membentang dari Eropah dan Asia Kecil hingga Asia Tengah dan Timur Tengah. Ia merupakan leluhur kepada kambing bela jinak.

Struktur sosial[sunting | sunting sumber]

Kambing di alam liar hidup secara berkawanan sebanyak 500 ekor; yang jantan hidup seekor-seekor. Kambing liar betina melalui haid yang bergelar estrus apabila sedia untuk membiak. Kambing jantan dan betina sama-sama mengalami suatu ketika dalam kitaran pembiakan iaitu masuk mengawan, di mana kambing jantan tua mengusir kambing jantan muda dari kawanan keibuan.

Tempoh kebuntingan purata adalah 170 hari. Kambing betina biasanya melahirkan seekor anak. Anak boleh mengikut langkah ibu sejurus selepas lahir. Anak kambing bercerai susu selepas 6 bulan. Kambing betina mencapai kematangan seksual pada umur 1½–2½ tahun, sementara yang jantan pula pada 3½–4 tahun. Jangka hayat kambing adalah dari 12 ke 22 tahun.

Taksonomi[sunting | sunting sumber]

Capra aegagrus ialah nama saintifik pertama yang dicadangkan oleh Johann Christian Polycarp Erxleben pada 1777 untuk populasi kambing liar di Pergunungan Kaukasus dan Taurus.[2] Capra blythi (dicadangkan oleh Allan Octavian Hume pada 1874) telah diberikan pada tanduk kambing liar yang ditemukan dari Sindh.[3]

Subspesies kambing liar berikut dianggap sebagai takson sah:[perlu rujukan]

Kambing Kreta (sebelumnya C. a. pictus), atau kri-kri, pernah dianggap sebagai subspesies bagi kambing liar, tetapi sekarang telah diakui sebagai leluhur liar kambing bela jinak (Capra hircus), yang turut dikenali sebagai Capra hircus cretica.

Taburan dan habitat[sunting | sunting sumber]

Kambing gurun Sindh di Taman Negara Kirthar
Anak kambing liar di Taman Negara Borjomi-Kharagauli
Wild Goat Herd, Behbahan
Kawanan kambing liar di Behbahan

Di Turki, kambing liar ditemukan di Kawasan Aegea, Mediterranean, Laut Hitam, Anatolia Tenggara dan Anatolia Timur mencapai 4,500 m (14,800 ka) di Pergunungan Taurus dan Anti-Taurus.[perlu rujukan]

Di Kaukasus, ia mendiami hutan gunung di lembangan sungai Andi Koysu dan cawangnya di Dagestan, Chechnya dan Georgia mencapai 2,700 m (8,900 ka).[4][5]

Di Armenia, kambing liar dicatatkan di Pergunungan Zangezur, di Rizab Negeri Khosrov, dan tanah tinggi Wilayah Syunik sepanjang tinjauan lapangan dari 2006 hingga 2007.[6] Di Azerbaijan, kambing liar ditemukan di Taman Negara Ordubad, kawasan gunung Daralayaz dan Murovdag di Republik Autonomi Nakhichevan.[7] Di Kawasan Perlindungan Haftad Gholleh di Iran, kawanan kambing liar hidup pertama sekali di kawasan yang menghadap ke barat dengan substrat berbatu, sumber air dan cerun curam yang berada jauh dari jalanan.[8] Di Turkmenistan, populasi kambing liar mendiami banjaran gunung Uly Balkan[1] dan Kopet Dag.[9] Di Pakistan, kawanan kambing liar ditemukan di Taman Negara Kirthar.[10]

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ a b Weinberg, P.; Ambarli, H. (2020). "Capra aegagrus". Senarai Merah Spesies Terancam IUCN. 2020: e.T3786A22145942. doi:10.2305/IUCN.UK.2020-2.RLTS.T3786A22145942.en. Dicapai pada 9 Februari 2022.
  2. ^ Erxleben, J. C. P. (1777). "Capra aegagrus". Systema regni animalis per classes, ordines, genera, species, varietates cvm synonymia et historia animalivm. Classis I. Mammalia. Lipsiae: Weygandt. m/s. 520–521.
  3. ^ Hume, A. C. (1874). "Note on two apparently undescribed species of Goat from Northern India and a new species of Dove from the Nicobar Islands". Proceedings of the Asiatic Society of Bengal (December): 240–241.
  4. ^ Akhmedov, E. G.; Yarovenko, Y. A.; Nasrullaev, N. I.; Babaev, E. A.; Akhmedov, S. G. (2009). "Conservation of the Bezoar Goat in the Eastern Caucasus". Dalam Zazanashvili, N.; Mallon, D. (penyunting). Status and Protection of Globally Threatened Species in the Caucasus (PDF). Tbilisi: CEPF, WWF. m/s. 26−31.
  5. ^ Weinberg, P. (2014). "On the status and biology of the wild goat in Daghestan (Russia)". Journal of Mountain Ecology. 6 (6): 31−40.
  6. ^ Khorozyan, I. G.; Weinberg, P. I.; Malkhasyan, A. G. (2009). "Conservation Strategy for Armenian Mouflon (Ovis [orientalis] gmelini Blyth) and Bezoar Goat (Capra aegagrus Erxleben) in Armenia". Dalam Zazanashvili, N.; Mallon, D. (penyunting). Status and Protection of Globally Threatened Species in the Caucasus (PDF). Tbilisi: CEPF, WWF. m/s. 37−45.
  7. ^ Talibov, T. H.; Weinberg, P. I.; Mammadov, I. B.; Mammadov, E. N.; Talibov, S. T. (2009). "Conservation Strategy of the Asiatic Mouflon (Ovis [orientalis] gmelini Blyth) and the Bezoar Goat (Capra aegagrus Erxleben) in Azerbaijan". Dalam Zazanashvili, N.; Mallon, D. (penyunting). Status and Protection of Globally Threatened Species in the Caucasus (PDF). Tbilisi: CEPF, WWF. m/s. 46−52.
  8. ^ Esfandabad, B.S.; Karami, M.; Hemami, M.R.; Riazi, B. & Sadough, M.B. (2010). "Habitat associations of wild goat in central Iran: implications for conservation" (PDF). European Journal of Wildlife Research. 56 (6): 883–894. doi:10.1007/s10344-010-0386-9. S2CID 23188666.[pautan mati]
  9. ^ Korshunov, V. M. (1994). "Ecology of the Bearded Goat (Capra aegagrus Erxleben 1777) in Turkmenistan". Biogeography and ecology of Turkmenistan. Monographiae Biologicae. 72. Dordrecht: Springer. m/s. 231−246.
  10. ^ Edge, W. D. & Olson-Edge, S. L. (1990). "Population Characteristics and Group Composition of Capra aegagrus in Kirthar National Park, Pakistan". Journal of Mammalogy. 71 (2): 156–160. doi:10.2307/1382162. JSTOR 1382162.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]