Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Sarjan Bowe Robert Bergdahl adalah tentera Amerika Syarikat yang menjadi tukaran dengan Taliban di Afghanistan pada 31 Mei 2014. Beliau ditawan oleh Rangkaian Haqqani selama 5 tahun dari 30 Jun 2009 .Beliau hanya dibebaskan pada 31 Mei 2014 sebagai pertukaran pembebasan 5 ahli Taliban yang ditahan di Teluk Guantanamo, wilayah AS di Cuba.
Jurucakap Taliban ,Zabihullah Mujahid memaklumkan bahawa mereka berjaya menahankannya ketika memasuki wilayah Logar, Afghanistan. Pesuruhjaya AS Karl Eikenberry dan Jeneral David Petraeus, commander kepada 143,000 tentera AS dan NATO berada di sana bagi menentang Taliban. Penculikan tentera AS di Afghanistan ada perkara biasa di sana terutama di Helmand dan Kandahar. Tawanan dijadikan tebusan untuk mendapatkan wang juga tuntutan politik.
Setiausaha Pertahanan Amerika Syarikat (AS), Chuck Hagel menyatakan bahawa pembebasan itu hasil perbincangan rapi dengan pihak Taliban.[2]