www.fgks.org   »   [go: up one dir, main page]

Pergi ke kandungan

Zon waktu

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Semakan 5833770 pada 06:15, 4 Mei 2023 oleh CyberTroopers (bincang | sumb.) (Membalikkan suntingan oleh 2001:D08:1028:7252:48EE:94FF:FE73:A6B6 (Perbincangan) kepada versi terakhir oleh Meandkancil2020)

Zon waktu (bahasa Inggeris: Time zone) merupakan kawasan di bumi yang telah menggunakan waktu masa yang sama, yang dikatakan waktu tempatan. Zon waktu biasanya terletak di sekitar garis meridian sesuatu longitud. Jadi zon waktu bersebelahan berbeza satu jam, atau 15°. Walau bagaimanapun, perbezaan satu jam tersebut bukanlah wajib, and seperti yang dapat dilihat dari peta di bawah, bentuk zon waktu adalah agak tidak tetap kerana ia biasanya mengikut bentuk negara-negara yang dilaluinya.

Semua zon waktu ditakrifkan mengikut UTC (dulu GMT) di longitud 0° di Greenwich, London. Waktu Malaysia (seluruh wilayah dalam Malaysia) ialah UTC + 8. Negara lain dalam zon waktu ini ialah barat Australia (Waktu Australia Barat), seluruh Brunei, seluruh Filipina, Indonesia (WITA), Mongolia, seluruh Republik Rakyat China, Rusia (Waktu Krasnoyark) dan seluruh Singapura.

Lihat juga

Pautan luar