www.fgks.org   »   [go: up one dir, main page]

Pergi ke kandungan

Kelicap

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Semakan 6226339 pada 06:57, 18 Jun 2024 oleh Mat Kiyan (bincang | sumb.) (+ bbrp ayt dgn rjkn)

Nectariniidae
Aethopyga siparaja
Pengelasan saintifik
Alam:
Filum:
Kelas:
Order:
Suborder:
Keluarga:
Nectariniidae

Vigors, 1825
Genus

15, lihat teks

Nectariniidae ialah keluarga burung kecil dalam order Passeriformes yang terdiri daripada spesies-spesies burung kelicap dan kelicap jantung. Terdapat 132 spesies burung ini dalam 15 genus. Spesies-spesies dalam keluarga ini bertaburan di seluruh Afrika, subbenua India, Asia Tenggara dan hampir utara Australia.

Nama keluarga ini diberikan daripada nama genus Nectarinia, kerana banyak burungnya makan nektar.[1] Tetapi, ada juga yang turut memakan serangga dan labah-labah, terutamanya semasa memberi makan anak. Buah juga menjadi sebahagian diet sesetengah spesies. Pemakanan daripada bunga dan buah pokok semua spesies membantu pendebungaan di habitat masing-masing.[2]

Genus-genus

  • Genus Chalcoparia (kadangkala dimasukkan dalam Anthreptes)
  • Genus Deleornis (kadangkala dimasukkan dalam Anthreptes)
  • Genus Anthreptes (s. 12 spesies)
  • Genus Hedydipna (kadangkala dimasukkan dalam Anthreptes)
  • Genus Hypogramma
  • Genus Anabathmis (kadangkala dimasukkan dalam Nectarinia)
  • Genus Dreptes (kadangkala dimasukkan dalam Nectarinia)
  • Genus Anthobaphes (kadangkala dimasukkan dalam Nectarinia)
  • Genus Cyanomitra (kadangkala dimasukkan dalam Nectarinia)
  • Genus Chalcomitra (kadangkala dimasukkan dalam Nectarinia)
  • Genus Leptocoma (kadangkala dimasukkan dalam Nectarinia)
  • Genus Nectarinia (6 spesies secara ketat)
  • Genus Drepanorhynchus (kadangkala dimasukkan dalam Nectarinia)
  • Genus Cinnyris (kadangkala dimasukkan dalam Nectarinia)
  • Genus Aethopyga
  • Genus Arachnothera (10-11 spesies)

Rujukan

  1. ^ Jobling, James A. (2010). The Helm Dictionary of Scientific Bird Names. London, England, UK: Christopher Helm. m/s. 267. ISBN 978-1-4081-2501-4.
  2. ^ Cheke, Mann & Allen 2003, m/s. 22.

Sumber

Pautan luar