www.fgks.org   »   [go: up one dir, main page]

Banner UiTM
Text Size

Pusat Asasi (CFS)

Pusat Asasi UiTM menawarkan program-program persediaan pra-ijazah secara sepenuh masa kepada lepasan sekolah menengah yang berjaya mendapat keputusan peperiksaan SPM yang cemerlang. Pelajar dipilih dan ditaja sepenuhnya oleh Kementerian Pengajian Tinggi. Pada masa kini, terdapat empat aliran pengajian yang ditawarkan, iaitu Asasi Sains, Asasi Kejuruteraan, Asasi TESL, dan Asasi Undang-Undang. Apabila tamat pengajian dalam program ini, para pelajar boleh meneruskan pengajian di peringkat ijazah di sebarang universiti awam Malaysia. Jangka masa pengajian adalah dua semester, bertujuan memastikan agar pelajar memperolehi kemahiran, ilmu, nilai-nilai murni serta kecekapan yang sewajarnya untuk meneruskan pengajiandalam bidang-bidang yang dipilih. Kursus dijalankan melalui kuliah, tutorial, dan latihan di makmal. Penilaian bagi kursus-kursus ini, termasuklah ujian, kuiz, tugasan, dan peperiksaan.

Untuk maklumat lanjut mengenai program yang ditawarkan serta syarat-syarat kemasukan, sila hubungi:

Prof. Madya Dr. Muhamad Rosli Sulaiman
Pengarah Pusat Asasi (CFS)
Universiti Teknologi MARA
40450 Shah Alam
Selangor Darul Ehsan
No. Tel: 03-32584926
Alamat emel: Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.

Laman Web Rasmi: http://asasi.uitm.edu.my/