www.fgks.org   »   [go: up one dir, main page]


Selamat Datang

Blue Ribbon Malaysia



Lembaga Promosi Kesihatan Malaysia

Mengenai Kami

Lembaga Promosi Kesihatan Malaysia (MySihat) memperkenalkan The Blue Ribbon Campaign yang akan memberi pengiktirafan dan penghormatan kepada individu dan organisasi yang telah memberi sumbangan besar dalam usaha untuk melindungi nyawa orang awam daripada bahaya asap rokok melalui usaha advokasi kearah mewujudkan 100% kawasan bebas asap rokok. Ianya selari dengan Perjanjian Pertubuhan Kesihatan Sedunia, Framework Convention on Tobacco Control (WHO FCTC) Artikel 8 yang bertajuk ‘Perlindungan Dari Pendedahan Kepada Asap Tembakau’

Latar Belakang The Blue Ribbon Campaign
The Blue Ribbon Campaign telah diperkenalkan oleh WHO di Rantau Pasifik kepada kementerian-kementerian kesihatan sebagai inisiatif menyokong Artikel 8, WHO FCTC yang bertajuk ‘Perlindungan Dari Pendedahan Kepada Asap Tembakau’

The Blue Ribbon pertama kali digunakan di Kanada untuk Sekolah Bebas Asap Rokok dan kemudian diikuti oleh Negara Jepun. Kini, ia menjadi simbol kepada WHO Western Pacific Region di rantau ini yang melambangkan udara bersih dan segar dari ancaman asap tembakau.

Di Malaysia, pengiktirafan ini akan dianugerahkan oleh Lembaga Promosi Kesihatan Malaysia (MySihat), badan berkanun di bawah Kementerian Kesihatan Malaysia dan kriteria pemilihan akan dilakukan dengan konsultansi daripada WHO.

Kempen ini telah dilancarkan secara rasmi di The 15th World Conference on Tobacco or Health by WHO Western Pacific Region pada 20 hingga 24 Mac 2012 di Singapura bertujuan untuk mengiktiraf dan menghargai sumbangan individu, kumpulan, organisasi, agensi kerajaan terhadap pelaksanaan WHO FCTC kearah persekitaran bebas asap rokok.

Objektif Am:

Untuk mengukuhkan lagi polisi bebas asap rokok selari dengan Artikel 8, WHO FCTC (Perlindungan Dari Pendedahan Kepada Asap Tembakau) dan garis panduannya.

Objektif khusus:

1. Untuk meningkatkan kesedaran mengenai bahaya asap rokok dan hak untuk udara bersih.
2. Untuk membina dan mengiktiraf individu, kumpulan, institusi, komuniti, agensi kerajaan dan stakeholder yang berkenaan untuk terus mengubah norma sosial, advokasi dan mewujudkan persekitaran bebas asap rokok.

Objektif Khusus

3. Untuk melibatkan masyarakat kearah usaha advokasi polisi bebas asap rokok yang lebih bersepadu.


KATEGORI ANUGERAH

Tiga (3) kategori anugerah diperkenalkan oleh the Blue Ribbon Campaign:

1.  Pensijilan the blue Ribbon;

Klik untuk muat turun Garis Panduan Pensijilan Blue Ribbon

Dan Anugerah Utama the Blue Ribbon;

2. Anugerah Media;

Klik untuk muat turun Garis Panduan Anugerah Media Blue Ribbon
3. Anugerah Pencapaian Cemerlang;
Klik untuk muat turun Anugerah Pencapaian Cemerlang Blue Ribbon
 
 
 

BORANG PERMOHONAN

 

 

Pensijilan the Blue Ribbon
 
Anugerah Media the Blue Ribbon
Pencapaian Cemerlang the Blue Ribbon

NOMINASI & KRITERIA

A.  Pensijilan the Blue Ribbon
B.  Anugerah Media the Blue Ribbon
C.  Pencapaian Cemerlang the Blue Ribbon
Pengenalan
Kelayakan
Muat Turun Garis Panduan
Pengenalan
Signifikasi Penganugerahan
Syarat Am Pencalonan
Penamaan Calon
Kriteria Pemilihan
Pemilihan Penerima Anugerah
Borang Permohonan
Muat Turun Garis Panduan

 

A.         Pensijilan the Blue Ribbon.

Pengenalan
Pensijilan Blue Ribbon merupakan satu bentuk pengiktirafan di peringkat kebangsaan dan antarabangsa kepada premis yang melaksanakan inisiatif bebas asap rokok.

Kelayakan
Terbuka kepada semua jenis premis dan tempat awam mengikut keutamaan di bawah:

      1. Hotel
      2. Restoran/ Kedai Makan dan Medan Selera
      3. Kawasan Rehat dan Rawat (R&R) Lebuhraya Malaysia
      4. Tempat Kerja
      5. Taman Rekreasi


Syarat Am

  1. Tempoh sijil sah selama dua (2) tahun
  2. Pengauditan akan dijalankan dalam masa 2 tahun
  3. Sijil akan digantung sementara sekiranya didapati melanggar kriteria selepas audit pematuhan dijalankan
  4. Sijil akan dikembalikan semula selepas pihak audit berpuas hati dengan penambaikan yang telah dilaksanakan
  5. Sijil akan ditarik balik sekiranya pihak audit mendapati premis melanggar kriteria selepas audit pematuhan

 

KRITERIA PEMILIHAN PENSIJILAN BLUE RIBBON
Berikut adalah kriteria yang wajib dipatuhi:

      1. Mempunyai polisi/ kenyataan bebas asap rokok bertulis
      2. Mempamerkan polisi/kenyataan berkenaan ditempat yang mudah dilihat.
      3. Polisi Bebas Asap Rokok dimaklumkan kepada anggota dan kakitangan.
      4. Memasang tanda larangan merokok yang mencukupi di mana-mana bahagian yang mudah dilihat terutamanya di bahagian pintu masuk.
      5. Tidak menjual rokok/hasil tembakau atau sebarang produk yang berkaitan dengan jenama atau pengilang rokok.
      6. Tidak memasang poster-poster atau sebarang bentuk iklan/promosi rokok.
      7. Tidak menyediakan sebarang kemudahan untuk merokok termasuk bekas habuk rokok, tong sampah dengan bekas abu rokok dan bilik/kawasan merokok.
      8. Tidak mempunyai kesan-kesan merokok dalam premis berkenaan.

       

Kriteria Tambahan:

      1. Mengadakan mekanisma / pendekatan bagi memastikan bahawa tiada seorang pun merokok di dalam premis tersebut.
      2. Memberi maklumat mengenai bahaya-bahaya merokok  dan pendedahan kepada asap rokok basi kepada anggota atau pelanggan.
      3. Memudahkan / Menyediakan / menguruskan perkhidmatan berhenti merokok untuk anggota yang merokok. 
      4. Inovasi dalam mempromosikan kampen premis bebas asap rokok.

 

JURUAUDIT:

  1. Seorang (1) wakil dari Jabatan Kesihatan Negeri (NCD/ UIP/UPK)
  2. Dua (2) orang wakil yang dilantik oleh MySihat

 

Muat Turun Garis Panduan

Muat Turun Borang Permohonan

   

B.         Anugerah Media the Blue Ribbon

Muat Turun Garis Panduan

Muat Turun Borang Permohonan

C.         Anugerah Pencapaian Cemerlang the Blue Ribbon

Pengenalan

Anugerah Pencapaian Cemerlang The Blue Ribbon Campaign bertujuan untuk mengiktiraf dan menghargai sumbangan dan peranan individu atau kolektif (iaitu kumpulan, institusi, masyarakat awam, sektor korporat, atau kerajaan tempatan) terhadap kawalan tembakau khususnya dalam advokasi dan sokongan ke arah 100% persekitaran bebas asap tembakau.

Signifikasi Penganugerahan

Anugerah Pencapaian Cemerlang the Blue Ribbon Campaign adalah pengiktirafan tertinggi yang diberikan kepada mana-mana individu atau kolektif yang telah memberi sumbangan besar dalam kawalan tembakau khususnya terhadap persekitaran bebas asap tembakau selari dengan hasrat Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO). Penerima anugerah ini akan diiktiraf dalam majlis penyampaian yang berprestij dengan liputan media yang meluas.

Syarat Am Pencalonan

  1. Pencalonan boleh terdiri daripada individu atau kolektif (iaitu kumpulan, institusi, masyarakat awam, kerajaan tempatan atau sektor korporat).
  2. Pencalonan individu mestilah seorang warganegara Malaysia.
  3. Pencalonan kolektif perlu berdaftar secara sah di Malaysia.
  4. Mana-mana sektor korporat layak untuk pencalonan kecuali industri / syarikat yang mempunyai kaitan dengan tembakau atau keluaran tembakau.
  5. Pencalonan yang tidak berjaya boleh dicalonkan semula pada tahun-tahun berikutnya.
  6. Pencalonan tidak boleh menerima sebarang bentuk bantuan/sumbangan/tajaan atau dipengaruhi oleh industri tembakau dan alkohol.
  7. Pencalonan individu yang berkhidmat dengan atau yang terlibat dengan industri tembakau tidak layak untuk pencalonan.
  8. Kakitangan Lembaga Promosi Kesihatan Malaysia (MySihat), Jawatankuasa Pemandu The Blue Ribbon Campaign, Pasukan Penilai dan Kumpulan Kerja Teknikal The Blue Ribbon Campaign tidak layak untuk pencalonan.
  9. Kakitangan dari Kementerian Kesihatan Malaysia yang terlibat secara langsung dalam Program Kawalan Tembakau adalah tidak layak untuk pencalonan.          

 

Muat Turun Garis Panduan

Muat Turun Borang Permohonan

Penamaan Calon

  1. Sesiapa sahaja boleh mengemukakan nama-nama untuk pencalonan.
  2. Bagi pencalonan diri sendiri, rujukan (referee) adalah diperlukan.

 

Kriteria Pemilihan
"REACH" adalah kriteria utama dalam pemilihan penerima anugerah ini. "REACH" ialah:

  R  - Role
E  - Exemplary (leadership and Inspiration)
A  - Achievement
C  - Challenges
H  - Health Impact

 

"REACH" merangkumi 10 kriteria seperti berikut;

  1. Menunjukkan contoh teladan, kepimpinan, inovasi dan kreativiti.
  2. Membawa dan / atau menyediakan sumber, pengetahuan atau kepakaran tertentu.
  3. Mempamerkan minat dalam program & aktiviti kawalan tembakau sama ada secara individu  atau kepentingan kolektif.
  4. Mengalakkan  peranan & penglibatan masyarakat yang berkaitan dengan kesihatan.
  5. Memberi sumbangan penting ke arah pembangunan masyarakat sebagai sebahagian daripada cara hidup sihat.
  6. Merancang dan meneruskan kesinambungan pelaksanaan program seperti program berhenti merokok untuk komuniti.
  7. Pengorbanan yang ketara (masa, kewangan, mental, fizikal, sosial) dalam melaksanakan program-program Persekitaran Bebas Asap Rokok.
  8. Pernah menerima anugerah atau pengiktirafan yang berkaitan dengan kesihatan sebelumnya (kelebihan tambahan).
  9. Asas dan tempoh penglibatan dalam mempromosikan Persekitaran Bebas Asap Rokok.
  10. Pencapaian sebagai individu atau sebagai sebahagian daripada kumpulan atau organisasi.

 

Pemilihan Penerima Anugerah

  1. Pemilihan pencalonan penerima anugerah akan dinilai oleh Pasukan Penilai.
  2. Pasukan Penilai akan menyenarai pendek calon-calon mengikut tahap (ranking) dan mengemukakannya kepada Jawatankuasa Pemandu Ribbon Blue.
  3. Jawatankuasa Pemandu Blue Ribbon akan memilih & menetapkan Penerima Anugerah.           

 

PENERIMA SIJIL BLUE RIBBON

team member

Melaka

1) Akademi Kastam Diraja Malaysia Melaka, Hang Tuah Jaya, Melaka.

2) Bayview Hotel Melaka, Melaka

3) Restoran Sate R & K Sdn Bhd, Taman Bukit Piatu Mutiara, Melaka.

4) Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM), Hang Tuah Jaya, Melaka.

 

team member

Pulau Pinang

1) Malayan Sugar Manufacturing Co. Bhd, Pulau Pinang

2) Universiti Sains Malaysia, Pulau Pinang

 

 


team member

Perak

1) Masjid Sultan Idris Shah II, Ipoh, Perak

2) Taiping Catholic Church, Taiping, Perak

 

 


team member

K. Lumpur & Selangor

1) Monash University, Bandar Sunway, Selangor

2) Sunway Medical Centre Berhad, Bandar Sunway, Selangor

3) Sunway University, Bandar Sunway, Selangor

4) Uptown 1, Damansara Uptown, Petaling Jaya, Selangor

5) Uptown 2, Damansara Uptown, Petaling Jaya, Selangor

6) Uptown 5, Damansara Uptown, Petaling Jaya, Selangor

7) The Gardens Hotel & Residences, Mid Valley City, Kuala Lumpur

 

 


HUBUNGI KAMI

BlueRibbon Malaysia • Lembaga Promosi Kesihatan Malaysia, • Level 9,11 & 12, No 26. Boulevard, Persiaran Perdana, Presint 3, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, 62675 W.P. Putrajaya • Phone: 0388887700 ext: 207 • Email: rizalmajid@moh.gov.my • Web: www.myblueribbon.org.my